Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Benarkah al-Quran mempunyai 6666 ayat?

Imej
Mungkin dikalangan kita sering terdengar sesetengah  orang Melayu  Islam menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur’an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar. Kadang-kadang orang yang menyebutnya itu bukan sebarangan orang, ustaz-ustaz, penceramah dan tuk imam. Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am ayat 112 yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan (dari kalangan) manusia dan (dari kalangan) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mere

10 Sahabat Dijamin Syurga

10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut : عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو Ertinya :   “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki

Sejarah Imam-Imam Qiraat

1-Imam Nafi' Al-Madany RA. * Namanya ialah Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Nuai’m. * Gelarannya Abu Ruwaim. Pendapat lain mengatakan gelarannya ialah Abul Hasan dan juga Abu Abdurrahman iaitu Maula (pembantu) Ja’wanah.     * Merupakan seorang yang tidak terlalu rendah. *Ja’wanah merupakan sahabat kepada Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan menurut riwayat lain dia juga merupakan sahabat kepada Saidina Abbas bin Abdul Muttalib. * Merupakan salah seorang dari Imam Qiraat yang tujuh. * Hitam warna kulitnya. * Beliau berasal dari Asbahan. * Mempunyai akhlak yang terpuji, berseri-seri wajahnya dan juga merupakan seorang yang peramah. * Pernah bertalaqqi qiraat dengan 70 orang tabien daripada mereka ialah imam Abu Jaa’far, Imam Syaibah bin Nasoh, Imam Muslim bin Jundub, Imam Yazid bin Rumman, Imam Muhammad bin Muslim bin Shihab Az-Zuhry, Imam Abdurrahman bin Hurmuz Al-A’raj dan ramai lagi yang mana sanad mereka sampai kepada Baginda Nabi S.A.W. * Bacaan Imam Nafi’ Adalah bacaan yang