Benarkah al-Quran mempunyai 6666 ayat?
Mungkin dikalangan kita sering terdengar sesetengah orang Melayu Islam menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur’an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar. Kadang-kadang orang yang menyebutnya itu bukan sebarangan orang, ustaz-ustaz, penceramah dan tuk imam.
Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am ayat 112 yang bermaksud:
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan (dari kalangan) manusia dan (dari kalangan) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”
Berkaitan dengan jumlah ayat-ayat al-Quran, jumhur ulama telah sepakat mengatakan jumlah ayat al-Quran ialah 6,200 ayat lebih. Untuk itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenarnya yang dikatakan lebih 6,200 itu.
Berikut ialah Matan yang dipetik daripada Kitab Fawasil Syarah Naazimatul Al-Zuhri fi ‘Ulum Al-Fawasil karangan al-Imam Al-Syatibi R.A
Perbahasan Ulama
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang akan saya kupaskan kemudian. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra’su al-ayah), dan permulaan ayat. Mafhum Matan di atas ialah keterangan-keterang berkenaan sanad-sanad Imam-imam Fawasil yang telah saya ringkaskan seperti jadual di bawah:
Jumlah Ayat | Sanad | Nama Imam | Imam |
6217 | (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh | Nafi’ | Al-Madani Al-Awwal |
1 - Ahli Kufah – Ahli Madinah – Nafi’ – (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh | |||
6214 | 2- Ahli Basrah – Warsh – Nafi’ – (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh | ||
6214 | Sulaiman bin Jammaz – (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh | Ismail bin Ja’far | Al-Madani At-Thani |
6210 | Abdullah bin Kathber al-Qari – Mujahid bin Jaber – Ibnu Abbas – Ubai bin Ka’ab –Rasulullah S.A.W | Al-Imam Al-Madani | Al-Makki |
6227 | Abdullah bin ‘Amir al-Yuhsobi – Abu Ad-Darda’ – Uthman bin ‘Affan | Ad-Dimashqi Yahya Az-Zamaari | As-Syaami |
6226 | Abdullah bin ‘Amir al-Yuhsobi – Abu Ad-Darda’ – Uthman bin ‘Affan | Sodoqah – Yahya Az-Zamaari (tidak kira Basmalah sebagai ayat) | |
6232 | Khalid bin Ma’daan As-Salmy Al-Himsi Al-Hardhomi | Al-Himsi Abu Haiwah Syuraih bin Yazid Al-Himsi Al-Hardhomi | |
6236(Bilangan yang masyhur) | Ali bin Abi Tholib | Hamzah & Sufian | Al-Kuufi |
6217 | (Abu Ja’far) Yazid bin Al-Qa’qaa’ & As-Syaibah bin Nasoh | Ahli Kuufah Ahli Madina Nafi’ | |
6204 | Ayyub bin Al-Mutawakil | Atho’ bin Yasaar & ‘Asim Al-Jahdari | Al-Basri |
SUMBER PENGAMBILAN ILMU INI:
Matan daripada kitab.
Matan daripada kitab.
Maka apa yang dapat saya faham mengikut pengarang kitab tersebut (al-Imam Al-Syatibi R.A), saya dapat rumuskan, sumber pengambilan ilmu fawasil ini ialah:
1- Berdasarkan nas-nas yang sahih daripada Rasulullah S.W.T melalui riwayat-riwayat para sahabar R.A
2- Rasulullah sendiri yang mengira (menentukan akhir ayat) dan mengajarkannya kepada sahabat
1- Berdasarkan nas-nas yang sahih daripada Rasulullah S.W.T melalui riwayat-riwayat para sahabar R.A
2- Rasulullah sendiri yang mengira (menentukan akhir ayat) dan mengajarkannya kepada sahabat
Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran?
Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.
Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.
Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambil kira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang dengan agama Islam seperti sabda Baginda Rasulullah S.A.W :
“Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian kurun yang berikutnya “.
( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-2534)
Di sini bermaksud, bahawasanya merekalah orang yang bersungguh dalam menjelaskan bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-hurufnya. Mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Rasulullah S.A.W atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Rasulullah S.A.W supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.
Sebenarnya perbahasan tentang ilmu ini amatlah panjang. Apa yang penting semua riwayat di atas sampai sanadnya hingga Rasulullah S.A.W
Tips mudah
Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah kalkulator dan sebuah kitab al-Qur’an. Mula mengira dari surah al-Fatihah hingga ke surah an-Naas. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur’an yang sebenar.

Wallahu a’lam bissowab.
Rujukan: Al-Quran, Syarah Naazimatul Al-Zuhri fi ‘Ulum Al-Fawasil oleh Imam Syatibi.
Rujukan: Al-Quran, Syarah Naazimatul Al-Zuhri fi ‘Ulum Al-Fawasil oleh Imam Syatibi.
Ulasan
Catat Ulasan