Catatan

Jamaah Tabligh

Baru-baru ini saya ditegur oleh sahabat lama tentang ketidak terlibatan saya dalam jamaah Tabligh setelah sekian lama. Sedar atau tidak sudah hampir 8 tahun saya tidak terlibat. Hanya sekali dua dalam setahun saya hadir ke markaz Tabligh. Saya mengenali jamaah ini seawal 13 tahun ketika masih belajar di madrasah Tahfiz. Sejujurnya saya tertarik dengan pentarbiyahan jamaah Tabligh. Pengorbanan merupakan tunjang kekuatan jemaah ini selain istiqamah dalam berdakwah di serata dunia tanpa mengenal erti penat lelah. Point terpenting yang ingin saya katakan adalah mereka menutur perkataan yang baik, tidak diajar untuk berbalas kata-kata cerca dan memaki hamun ketika berhadapan dengan mad'u, tidak diajar dalam ceramah mereka menghentam puak itu dan puak ini, malah mereka saling menyalahi diri atas kekurangan usaha dalam berdakwah. Siangnya berdakwah bilhikmah, malamnya merintih memohon hidayah. Tidak ada jamaah Islam yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan. Masing-masing memainkan p

Dunia Jambatan Akhirat

"Dunia adalah jambatan akhirat" Ini adalah kata-kata hikmah yang bermaksud kehidupan di dunia yang sementara ini perlu dimanfaatkan untuk kepentingan akhirat. Ada Hadis yang menyebut bahawa daripada lbnu ‘Umar RA beliau berkata; "Rasulullah SAW telah memegang bahuku lantas bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu." Daripada lbnu ‘Umar RA juga pernah berkata; "Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu." Hadis di atas menerangkan bahawa kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat tanpa meninggalkan kepentingan dunia seumpama seorang musafir atau pedagang yang hanya membawa barang keperlu

Pegangan Tauhid Bagi Seorang Muslim

Seseorang muslim yang berpegang dengan tauhid dalam kehidupan mempunyai banyak cabaran dan halangan sama ada dari segi luaran atau dalaman. Antara cabaran dalaman yang ditempuhi ialah kelemahan iman dalam diri. Iman merupakan paksi kepada tauhid. Sekiranya iman lemah, maka hubungan tauhid dengan Allah SWT menjadi rapuh dan ia mengakibatkan kehidupan tersasar ke jalan kesesatan. Selain itu, godaan syaitan dan hawa nafsu juga merupakan faktor yang menghalang pembentukan tauhid. Hal ini kerana syaitan tidak akan berhenti daripada menghasut manusia menyekutukan Allah SWT. Tambahan pula, nafsu yang secara semulajadinya cenderung kepada keseronokan dunia yang tidak dikawal dengan ilmu dan iman, maka ia mempengaruhi kehidupan tanpa tauhid kepada Allah SWT. Pun begitu, kejahilan diri terhadap ilmu agama adalah cabaran utama dalaman. Sering kali sesetengah muslim hanya menitikberatkan tentang ilmu pengetahuan dunia sehingga mengabaikan pendidikan agama yang merupakan tunjang kekuatan tauhid.

I'm back!

Tak sangka sudah 7 tahun tak update di blog. Mungkin sebab ada alternatif baru dan lebih memudahkan untuk menulis dan berkongsi buah fikiran. Dunia sudah canggih. Insya Allah saya akan hidupkan kembali blog ni. 😁😁😁

Kuliah Al-Quran wa Ulumihi bi Tanta

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN                   Kuliah Al-Quran dan Qiraat ditubuhkan pada 1991 di Tanta, Mesir. Namun pengajiannya bermula pada sesi 1992/1993. Pada peringkat permulaan, kuliah ini hanya menerima kemasukan kurang daripada 200 orang mahasiswa, tetapi jumlah ini semakin meningkat tahun demi tahun ekoran sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Mesir sendiri juga kemasukan pelajar-pelajar wafidin yang terdiri daripada rakyat Malaysia, Indonesia dan Afrika. Kuliah ini merupakan kuliah yang tunggal yang tiada di mana-mana tempat selain di Tanta dan juga kuliah Al-Quran yang ketiga di dunia selepas Kuliah Al-Quran di Madinah, Arab Saudi dan Kuliah Al-Quran di Islamad, Pakistan.                   Walau bagaimana pun, berbanding dengan kuliah-kuliah Al-Quran yang lain, kuliah ini merupakan kuliah yang menawarkan pengajian Al-Quran yang tertinggi khasnya pengajian yang berkaitan dengan ilmu Al-Qiraat.                   Tujuan sebenar penubuhan kuliah ini adalah untuk men

Benarkah al-Quran mempunyai 6666 ayat?

Imej
Mungkin dikalangan kita sering terdengar sesetengah  orang Melayu  Islam menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur’an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar. Kadang-kadang orang yang menyebutnya itu bukan sebarangan orang, ustaz-ustaz, penceramah dan tuk imam. Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am ayat 112 yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan (dari kalangan) manusia dan (dari kalangan) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mere

10 Sahabat Dijamin Syurga

10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut : عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو Ertinya :   “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki