Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Jamaah Tabligh

Baru-baru ini saya ditegur oleh sahabat lama tentang ketidak terlibatan saya dalam jamaah Tabligh setelah sekian lama. Sedar atau tidak sudah hampir 8 tahun saya tidak terlibat. Hanya sekali dua dalam setahun saya hadir ke markaz Tabligh. Saya mengenali jamaah ini seawal 13 tahun ketika masih belajar di madrasah Tahfiz. Sejujurnya saya tertarik dengan pentarbiyahan jamaah Tabligh. Pengorbanan merupakan tunjang kekuatan jemaah ini selain istiqamah dalam berdakwah di serata dunia tanpa mengenal erti penat lelah. Point terpenting yang ingin saya katakan adalah mereka menutur perkataan yang baik, tidak diajar untuk berbalas kata-kata cerca dan memaki hamun ketika berhadapan dengan mad'u, tidak diajar dalam ceramah mereka menghentam puak itu dan puak ini, malah mereka saling menyalahi diri atas kekurangan usaha dalam berdakwah. Siangnya berdakwah bilhikmah, malamnya merintih memohon hidayah. Tidak ada jamaah Islam yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan. Masing-masing memainkan p

Dunia Jambatan Akhirat

"Dunia adalah jambatan akhirat" Ini adalah kata-kata hikmah yang bermaksud kehidupan di dunia yang sementara ini perlu dimanfaatkan untuk kepentingan akhirat. Ada Hadis yang menyebut bahawa daripada lbnu ‘Umar RA beliau berkata; "Rasulullah SAW telah memegang bahuku lantas bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu." Daripada lbnu ‘Umar RA juga pernah berkata; "Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu." Hadis di atas menerangkan bahawa kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat tanpa meninggalkan kepentingan dunia seumpama seorang musafir atau pedagang yang hanya membawa barang keperlu

Pegangan Tauhid Bagi Seorang Muslim

Seseorang muslim yang berpegang dengan tauhid dalam kehidupan mempunyai banyak cabaran dan halangan sama ada dari segi luaran atau dalaman. Antara cabaran dalaman yang ditempuhi ialah kelemahan iman dalam diri. Iman merupakan paksi kepada tauhid. Sekiranya iman lemah, maka hubungan tauhid dengan Allah SWT menjadi rapuh dan ia mengakibatkan kehidupan tersasar ke jalan kesesatan. Selain itu, godaan syaitan dan hawa nafsu juga merupakan faktor yang menghalang pembentukan tauhid. Hal ini kerana syaitan tidak akan berhenti daripada menghasut manusia menyekutukan Allah SWT. Tambahan pula, nafsu yang secara semulajadinya cenderung kepada keseronokan dunia yang tidak dikawal dengan ilmu dan iman, maka ia mempengaruhi kehidupan tanpa tauhid kepada Allah SWT. Pun begitu, kejahilan diri terhadap ilmu agama adalah cabaran utama dalaman. Sering kali sesetengah muslim hanya menitikberatkan tentang ilmu pengetahuan dunia sehingga mengabaikan pendidikan agama yang merupakan tunjang kekuatan tauhid.

I'm back!

Tak sangka sudah 7 tahun tak update di blog. Mungkin sebab ada alternatif baru dan lebih memudahkan untuk menulis dan berkongsi buah fikiran. Dunia sudah canggih. Insya Allah saya akan hidupkan kembali blog ni. 😁😁😁