Sejarah Imam-Imam Qiraat






1-Imam Nafi' Al-Madany RA.

* Namanya ialah Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Nuai’m.
* Gelarannya Abu Ruwaim. Pendapat lain mengatakan gelarannya ialah Abul Hasan dan juga Abu Abdurrahman iaitu Maula (pembantu) Ja’wanah.    
* Merupakan seorang yang tidak terlalu rendah.
*Ja’wanah merupakan sahabat kepada Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan menurut riwayat lain dia juga merupakan sahabat kepada Saidina Abbas bin Abdul Muttalib.
* Merupakan salah seorang dari Imam Qiraat yang tujuh.
* Hitam warna kulitnya.
* Beliau berasal dari Asbahan.
* Mempunyai akhlak yang terpuji, berseri-seri wajahnya dan juga merupakan seorang yang peramah.
* Pernah bertalaqqi qiraat dengan 70 orang tabien daripada mereka ialah imam Abu Jaa’far, Imam Syaibah bin Nasoh, Imam Muslim bin Jundub, Imam Yazid bin Rumman, Imam Muhammad bin Muslim bin Shihab Az-Zuhry, Imam Abdurrahman bin Hurmuz Al-A’raj dan ramai lagi yang mana sanad mereka sampai kepada Baginda Nabi S.A.W.
* Bacaan Imam Nafi’ Adalah bacaan yang mutawattir dan tidaklah mutawattirnya bacaan tertakluk kepada pernahnya dia bertalaqqi dengan tujuh puluh orang tabien, tetapi mutawattirnya kerana merangkumi semua tobaqot-tobaqot ilmu qiraat.
* Merupakan seorang Imam dan guru dalam bidang Al-Quran dan Qiraat di Madinah. Selesai pengajiannya di Madinah.
* Bacaan beliau telah menjadi pilihan masyarakat Madinah dan selainnya.
* Belajar qiraat dan ilmu-ilmu lain lebih dari 70 tahun dan merpakan seorang yang alim dalam ilmu qiraat.
* Telah berkata Imam Said bin Mansur: ”Aku telah mendengar Imam Malik bin Anas Berkata: ada suatu bacaan yang dipilih oleh masyarakat Madinah, dan ditanya: adakah bacaan Imam Nafi’? berkata Imam Malik : Ya!”
* Diriwayatkan, apabila beliau bercakap bau mulutnya seperti bau kasturi, maka ditanya padanya: ”adakah kamu memakai bau-bauan ketika membaca Al-Quran dihadapan manusia? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku tidak pernah sesekali memakai bau-bauan dan menyentuhnya tetapi aku telah melihat di dalam mimpiku bahawa Rasullullah S.A.W datang kepadaku dan membaca Al-Quran pada mulutku. Maka yang sedemikian itulah yang menyebabkan mulutku berbau seperti ini.
* Ketika Kematiannya hampir menjelang tiba maka telah berkata anak-anaknya kepadanya: Berwasiatlah kepada kami wahai ayah: maka beliau pun berwasiat:(Bertaqwa dan beramal soleh.......dan taatilah Allah dan Rasulnya, sesungguhnya kamu termasuk golongan yang beriman)  
* Dilahirkan pada tahun 70 hijrah.
* Meninggal dunia pada tahun 169 Hijrah ketika berumur 99 tahun.
* Bacaannya tersebar ke Mesir, Madinah, Syam dan selainnya.
* Adalah Imam Malik bin Anas, Imam Laith bin Saad, Imam Abu Amru bin Ala’, Imam  Musaibi, Imam Isa bin Wardan, Imam Sulaiman bin Muslim bin Jammaz, tidak ketinggalan juga Imam Ismail dan Imam Yaa’qub yang merupakan anak kepada Imam Abu Jaa’far. Mereka semua pernah bertalaqi dengan Imam Nafi'.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Qalun dan Imam Warash.

a-Imam Qalun Al-Madani RA.

*Namanya ialah Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abi Somad bin Umar bin Abdullah Az-Zurqy yang mana merupakan ketua Bani Zuhrah
* Gelarannya Abu Musa.
* Digelarnya dengan Qalun.
* Merupakan seorang qari dari Madinah Munawwarah.
* Anak tiri kepada Imam Nafi’.
* Sebab digelar dengan Qalun kerana baik bacaannya.Adapun Qalun dalam bahasa Rom yang membawa maksud baik.
* Nama datuk kepada datuknya ialah Abdullah dari keturunan Rom yang hidup sezaman dengan Khalifah Saidina Umar bin Al-Khattab.
* Dilahirkan pada tahun 120 hijrah pada masa pemerintahan  Khalifah Hisyam bin Abd Malik.
* Mula bertalaqi ilmu Qiraat dengan Imam Nafi’ pada tahun 150 hijrah pada masa pemerintahan Khalifah Imam Mansur.
* Telah berkata Imam Qalun: Aku telah baca Qiraat kepada Imam Nafi’ bukannya sekali. Ditanya padanya: Berapa kali yang kamu baca padanya? Berkata Imam Qalun: Tidak aku mengiranya melainkan aku duduk baca dengannya selama 20 tahun.
* Mengambil ilmu qiraat daripada Imam Nafi’ dan Imam Nafi’ membaca dari Imam Abu Jaa’far yang mana sanadnya berterusan sampai kepada Baginda Rasulullah SAW.
* Bacaannya telah menjadi pilihan masyarakat pada waktu itu, salah seorang daripada mereka ialah Imam Ibnu Jazary.
* Telah berkata Imam Abu Muhammad Al-Baghdady: Imam Qalun seorang yang pekak dan sangat pekak dari mendengar alat-alat muzik.
* Apabila seseorang membaca padanya quran dia tahu akan kesalahannya dan mengenal lahjah bacaan serta menegur untuk memperbetulkannya.
* Meninggal dunia pada tahun 220 hijrah pada masa pemerintahan Khalifah Makmun.

b-Imam Warash Al-Madani RA.

* Namanya ialah Uthman bin Said bin Abdullah bin Amru bin Sulaiman bin Ibrahim
* Adapun Ibrahim merupakan ketua keluarga  Imam Zubair bin Awwam.
* Gelarannya Abu Said.
* Digelarnya Warash.
* Dilahirkan pada tahun 110 hijrah di kampung nelayan, negara Mesir.
* Berasal dari Qairuwan dan pergi ke Madinah untuk bertalaqi dengan Imam Nafi’.
* Mula bertalaqi dengan Imam Nafi’ pada tahun 155 hijrah dan pernah khatam al-Quran  dengan Imam Nafi’ beberapa kali.
* Warna rambutnya perang, biru matanya dan putih kulitnya. Seorang yang rendah dan gemuk tapi tidaklah terlalu gemuk.
* Imam Nafi’ pernah menggelarnya Warshan dengan membawa makna burung merpati.  
* Seorang yang berjalan perlahan, seorang yang rendah dan memakai baju yang singkat. Apabila dia berjalan nampak kakinya.
* Pernah Imam Nafi’ berkata padanya: mari sini Warshan, aca Warshan, mana Warshan? dengan sebab itulah dipanggil dengan panggilan Warash.
* Pendapat lain menyatakan adapun makna Warash ialah susu yang diambil dengan sebab putih kulitnya.
* Merupakan tempat rujukan bagi masyarakat Mesir di dalam Ilmu Qiraat.
* Seorang yang mahir dalam ilmu qiraat, ilmu tajwid dan sentiasa memelihara bahasa Arab.
* Seorang yang baik dalam bacaannya, lunak suaranya yang mana tidak jemu apabila mendengarnya.
* Pendapat lain mengatakan beliau penah khatam Al-Quran sebanyak 4 kali dalam sebulan bersama Imam Nafi’ . 
* Apabila selesai sudah bertalaqi dengan Imam Nafi’, kemudian beliau kembali ke tanah airnya mengajar Ilmu Qiraat daripada riwayat Imam Nafi’.
* Meninggal dunia pada tahun 197 hijrah di Mesir pada masa pemerintahan Khalifah Makmun ketika berumur 87 tahun.


2-Imam Ibnu Kathir RA.

* Namanya Abdullah bin Kathir bin A’mru bin Abdullah bin Zadan bin Fairuz bin Hurmuz.
* Gelarannya Abu Ma’bad.
* Dilahirkan di Mekah pada tahun 45 hijrah.
* Tubuhnya tinggi, hitam manis, hitam mata hitamnya, putih kepalanya , janggutnya sentiasa diinai, seorang yang fasih lagi cepat fahamnya, punyai ketenangan dan kehormatan.
* Beliau adalah salah seorang tabi’i jalil, pernah berjumpa beberapa sahabat di Mekah antaranya Abdullah bin Zubair, Aba Ayyub Al-Ansori dan Anas bin Malik.
* Bertalaqi al-Quran daripada Abi Sa’ib Abdullah bin As-Sa’ib Al-Makhzumi,  Abi Al-Hajjaj Mujahid bin Jabar Al-Makki dan daripada Dirbas Maula Ibnu Abbas.
* Pernah menjadi qadhi di Mekah dan imam qiraat kepada mereka .
* Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Ismail bin Abdullah Al-Qusth, Ismail bin Muslim, Hammad bin Salamah, Khalil bin Ahmad, Sulaiman bin Al-Mughirah, Syibl bin I’bad, Abdul Malik bin Jarih, Ibn Abi Malikah, Sufian bin Uyainah, Abu Amru Al-Ala’ dan Isa bin Umar.
* Pernah dinaqalkan daripada kata-kata imam As-Syafie bahawa bacaan kami adalah bacaan Ibnu Kathir.
* Beliau meniggal dunia di Mekah pada tahun 120hijrah.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Bazzi dan Imam Qunbul.

a-Imam Bazzi RA.

* Namanya Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Qosim bin Nafi’ bin Abi Bazzah.
* Beliau dinasabkan kepada nama datuknya yang terdahulu, Abi Bazzah. Nama Abi Bazzah ialah Basyar.
* Gelarannya Abu Al-Hassan.
* Lahir pada tahun 170 hijrah di Mekah.
* Perawi yang paling masyhur bagi imam Ibnu Kathir, paling adil, thiqah.
* Mengambil bacaan itu daripada Ikrimah bin Sulaiman daripada Ismail bin Abdullah Al-Qusth dan daripada Syabil Ibnu Ibad daripada Ibnu Kathir.
* Pernah menjadi muazzin Masjidil Haram dan imam selama 40 tahun.
* Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah Al-Hassan bin Al-Habbab, Abu Rabi’ah , Ahmad bin Farh, Muhammad bin Harun, Muhammad bin Abdurrahman.
* Meninggal dunia pada tahun 205 hijrah di Mekah ketika berusia 80 tahun.

b-Imam Qunbul RA.

* Namanya Muhammad bin Abdurrahman bin Kahlid bin Muhammad bin Sa’id Al-Makhzumi Al-Makki.
* Gelarannya Abu ‘Amru. Digelarnya Qunbul.
* Dilahirkan di Mekah tahun 195 hijrah.
* Mengambil bacaan secara langsung daripada Ahmad Ibnu Muhammad bin ‘Aun An-Nabal, Ahmad Al-Bazzi, Abi Al-Hassan Ahmad Al-Qowas, Ismail bin Syibil, dan Ma’ruf bin Miyskan.
* Beliau antara perawi Ibnu Kathir yang masyhur tetapi mendahuluinya oleh Bazzi kerana beliau juga bertalaqi dengan Bazzi.
* Antara yang mengambil bacaan daripada beliau ialah Abu Rabi’ah Muhammad bin Ishaq, Muhammad bin Abdul Aziz, Ahmad bin Musa, Muhammad bin Ahmad Ibn Qunbuz dan Abdullah bin Jubair.
* Meninggal dunia pada tahun 291 hijrah ketika berusia 69 tahun di Mekah.


3-Imam Abu Amru Ad-dani RA.

* Namanya Zabban bin Al-'ala bin 'Ammar bin Al-'Aryanbin Abdullah Bin Al-Hassan bin Al-Harith ibnu Jahdalah.
* Beliau dilahirkan pada tahun 70 hijrah dan ada pendapat yang lain mengatakan pada tahun 68 hijrah di Makkah.
* Merupakan salah seorang dari Qurra' tujuh yang masyhur.
* Qiraatnya terkenal di Kufah dan Basrah.
* Guru-gurunya sangat ramai berbanding dengan Qurra' tujuh yang lain.
* Beliau dari kalangan tabi'in yang dipercayai serta seorang ahli hadith.
* Sanad bacaan Abu amru Ad-Dani :telah membaca kepada AL-Hassan Bin Al-Hassan Al-Basri ke atas Abi Jaafar Mid bin Qais Al-A'raj Al-Makki dan Abi Al-A'liah Yazid bin Ruman dan Syaibah bin Nasah dan A'sim bin Abi Al-Najud dan Abdullah bin Khatir dan Abdullah bin Abi Ishaq Al-Hadrami dan Abi Rabah dan Ikrimah bin Khalid Al-Makhrumi, Ikrimah Maula Ibnu A'bbas dan Mujahid bin Jabir dan Muhammad bin Muhaisin dan Nasir bin A'sim dan Yahya bin Ya'mar dan Sa'id bin Jabir.
* Abu Amru telah wafat pada tahun 154 hijrah di Kufah.
*Anak murid beliau yang masyur ialah Imam Ad-Duri dan Imam As-Susi.

a-Imam Ad-Durri An Abi Amru Ibni Al-A'la' Al-Basri RA.

* Nama beliau adalah Hafs bin Umar Bin Abdul Aziz Bin Suhban bin 'Adi bin Suhban Ad-Durri Al-Azadi Al-Baghdadi An-Nahwi Al-Muqri' Al-Dharir.
* Gelarannya ialah Abu Umar.
* Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah pada zaman pemerintahan Al-Mansur.
* Beliau merupakan rawi kepada dua orang Imam Abi Amru dan juga  Al-Kisa'i. 
* Beliau dikenali dengan nama Abu Umar disandarkan kepada Ad-Durri yang merupakan nama salah satu tempat di Baghdad iaitu di selatan negara tersebut.
* Beliau telah bertalaqqi Al-Quran dengan guru yang ramai, antaranya ialah seperti Imam Nafi', Yaakub Bin Jaafar, Ibnu Jammaz, Abi Jaafar, Salim bin Hamzah, Al-Kisa'i, Yahya bin Al-Mubarak Al-Yazidi serta Abu Amru Al-Basri.
* Beliau merupakan Imam Qurra' pada zamannya, juga guru kepada masyarakat khususnya rakyat Iraq pada zamannya.
* Beliau adalah orang yang mula-mula mengumpulkan ilmu Qiraat serta membukukannya. 
* Beliau  menjadi sumber ilmu kepada masyarakat seluruh pelusuk tempat dengan ketinggian sanadnya serta kehebatan ilmunya.
* Beliau seorang yang dipercayai.
* Beliau wafat pada bulan Syawal tahun 246 hijrah.
* Abu Daud Berkata: Aku melihat Imam Ahmad Bin Hambal menyalin qiraat daripada Abi Umar Ad-Duri, panjang umurnya dalam Ilmu Qiraat dan ilmu pembacaan, dan teliti dalam pengambilan qiraatnya.

b-Imam As-Susi RA.

* Beliau adalah Soleh Bin Ziyad bin Abdullah Bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al-Jaarud As-Susi Ar-Raqqi. 
* Adapun nama As-Susi adalah nisbah kepada Sus yang merupakan salah satu tempat di Bandar Al-Ahwaaz.
* Beliau digelar dengan panggilan Abu Syuib, seorang yang muqri' merdeka, teliti terhadap setiap huruf-huruf Al-Quran. 
* Beliau mengambil bacaan secara langsung kepada Abi Muhammad Yahya Ibnu Mubarak Al-Yazidi.
* Diantara orang yang mengambil bacaan dengannya adalah anaknya sendiri iaitu Muhammad selain dari itu Musa bin Jarir An-Nahwi, Abu Harith Muhammad Bin Ahmad At-Thursusi Ar-Raqqi, Muhammad Bin Said Al-Harani, Ali Bin Muhammad As-Sa'di, Muhammad Bin Ismail Al-Quraisyi, Musa Bin Jumhur, Ahmad Bin Syuib Al-Nasa'I Al-Hafiz dan ramai lagi rawinya yang lain. 
* Beliau wafat di Raqqah pada awal tahun 261 Hijrah. 
* Umurnya sekitar 90 tahun sepertimana yang disebut dalam kitab An-Nasyri karangan Ibnu Al-Jazari.


4-Imam Ibnu Amir As-Syami RA.

* Beliau adalah Abdullah bin Amir Bin Yazid Bin Tamin Bin Rabiah Bin Amir Al-Yahsobii. 
* Keturunannya sampai kepada Yahsab Bin Dahman. 
* Beliau digelar dengan nama Abu Imran. 
* Beliau merupakan qurra' yang paling tua dikalangan Qurra' yang tujuh dan juga sanad bacaannya paling tinggi dari yang lain. 
* Beliau dilahirkan pada tahun 21 selepas Hijrah, ada pendapat mengatakan pada tahun kelapan Hijrah.
* Beliau telah bertalaqi Al-Quran dengan Ali bin Hashim Al-Mughirah bin Abi Shihab Abdullah bin Amru bin Al-Mughirah Al-Makhzumi yang tiada perselisihan lagi dikalangan muhaqqiqin dan kepada Abi Darda' U'waimir bin Zaid bin Qais sepertimana telah terputusnya bacaan imam Al-Hafiz Abu Amru Ad-Dani dengannya. Seterusnya telah  membaca Al-Mughirah kepada Uthman bin Affan dan Abu Darda' serta Othman telah bertalaqi dengan Rasulullah S.A.W. 
* Telah thabit bahawa beliau telah mendengar Al-Quran dan Al-Hadith dari sebilangan besar para sahabat diantaranya ialah Al-Nukman Bin Basyir, Mu'awiyyah Bin Abi Sufian dan Fadhalah Ibnu Abid. Beliau merupakan salah seorang dari kalangan tabi'in yang mana beliau hidup dizaman para sahabat Rasulullah S.A.W. 
* Beliau juga adalah Imam kepada ahli Syam dalam bacaan Al-Quran selepas wafatnya Imam kaum muslimin Abu Darda' setelah menjadi guru dalam jangka masa yang panjang dizaman pemerintahan keluarga Umawiyyah Umar Bin Abdul Aziz sebelumnya dan juga selepasnya.
* Ketika umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah, beliau bertalaqi dengan Ibnu Amir dengan kesungguhannya beliau telah menjadikan bidang mengajar Al-Quran satu pekerjaan yang mulia.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Hisyam dan Imam Ibnu Zakwan.

a-Imam Hisyam RA.

* Nama beliau ialah Hisyam bin Ammar Bin Nasir bin Maisarah As-Salami Ad-Dimashqi. 
* Beliau digelar sebagai Abul Walid. 
* Beliau dilahirkan pada tahun 153 Hijrah pada zaman Al-Mansor. 
* Beliau telah menerima bacaan daripada A'rrak Al-Marri, Ayyub bin Tamim. Selain daripada keduanya iaitu Yahya Az-Zimary daripada Abdullah bin Amir serta sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.
* Beliau merupakan Imam kepada penduduk Damsyik serta seorang kKhatib, guru Al-Quran dan Hadis juga mufti kepada mereka dengan sifatnya yang dipercayai, teliti dan adil dalam segala hal. 
* Beliau juga seorang yang fasih lagi alim serta luas ilmu pengetahuannya sama ada yang riwayah ataupun dirayah. 
* Telah berkata Abdan al-Ahwazy: aku pernah mendengar beliau berkata, tidak terbilang banyaknya aku pernah menjadi imam khutbah semenjak 20 tahun yang lepas.
* Telah berkata Imam Abu Ali Ahmad bin Muhammad al-Asbahany: ketika mana meninggalnya Abu Ayyub bin Tamim yang menjadi Imam Qiraat di Damsyiq ialah Imam Hisyam dan Imam Ibnu Zakwan.
* Telah berkata Imam al-Asbahany: telah dikurniakan kepada Imam Hisyam umur yang panjang, ingatan yang kuat dan sentiasa memberi pendapat yang rajah. Maka dengan itu telah datang kepadanya manusia semata-mata untuk mempelajari ilmu qiraat dan ilmu hadis.
* Telah meriwayat setengah daripada Ulama’ Hadis di Baghdad; sesungguhnya telah berkata Imam Hisyam aku telah memohon kepada Tuhanku Azzawajalla sebanyak 7 permohonan maka telah disempurnakan kepadaku 6 daripadanya dan aku tidak mengetahui apa yang telah diperbuat pada permohonanku yang ke 7. Aku memohon kepadaNYA agar menjadikan aku membenarkan segala apa yang dibawa oleh Nabi SAW maka Allah SWT telah memperkenankannya, dan aku bermohon kepadaNYA agar mengurniakan kepadaku haji yang Mabrur maka telah diperkenankan olehNYA, aku telah memohon kepadaNYA agar dipanjangkan umurku seratus tahun maka telah diperkenankan olehNYA, aku telah memohon kepadaNYA agar mengurniakan kepadaku seribu dinar yang datang daripada sumber yang halal maka telah diperkenankan olehNYA, aku telah memohon kepadaNYA agar menjadikan seluruh manusia berlumba-lumba dalam menuntut ilmu kepadaku maka dengan itu juga telah diperkenankanNYA. Adapun hal yang ke-7 aku telah memohon kepadaNYA agar mengampuni dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku maka dengan itu aku tidak tahu adakah telah diperkenankan olehNYA atau tidak?
* Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Abu Ubaid bin Qasim bin Salam, Ahmad bin Yazid Al-Hilwany, Musa bin Jumhur. Abbas bin Fadhl dan Harun bin Musa Al-Akhfash. 
* Telah meriwayatkan hadis darinya ialah Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, Imam Abu Daud, Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Majjah di dalam sunan mereka.
* Telah menceritakan riwayatnya oleh Imam At-Tirmizi, Imam Jaafar Al-Ghary dan Imam Abu Zur'ah.
* Telah berkata  Yahya bin Mua:yyin; adapun Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang Thiqah.
* telah berkata Imam ad-Daroqtony bahawa Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang benar di dalam setiap hal.
* Beliau telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijriyyah ketika berumur 92 tahun.

b-Imam Ibnu Zakwan RA.

* Nama beliau ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyar ataupun Basyir bin Ibnu Zakwan bin Amru.
* Gelarannya ialah Abu Muhammad. Adapun pendapat yang lain mengatakan Abu Amru Ad-dimasyqy.
* Dilahirkan pada tahun 173 hijriyyah pada hari Asy-syura’.
* Telah mengambil bacaan qiraat secara ARDHAN daripada Abu Ayyub bin Tamim.
* Telah berkata Imam Abu Amru: Ibnu Zakwan juga telah mengambil  bacaan qiraat dengan Imam Kisa’I ketika mana dia  pergi ke SYAM. Telah berkata Ibnu Zakwan: Aku telah tinggal bersama dengan Imam Kisa’i selama 7 bulan dan aku telah membaca al-quran kepadanya beberapa kali.
* Beliau pernah meriwayatkan huruf-huruf al-quran secara 'simaan' daripada Imam Ishaq bin Musaiby daripada Imam Nafi'.
* Merupakan seorang Imam yang masyhur, thiqah dan syeikh qurra’ di dalam ilmu Qiraat serta seorang Imam di Jami’ Damsyiq setelah tamat pengajiannya di Damsyiq selepas Imam Hisyam.
*Telah berkata Imam Abu Zur’ah ad-Dimasyqy: Tidak ada seorang pun Imam  di Iraq, Syam, Kharassan, Hijjaz dan Mesir yang dapat menandinginya di dalam ilmu Qiraat pada zamannya dan beliau merupakan pengarang Kitab yang berkaitan dengan ilmu al-quran yang mana aku telah membaca dan meriwayatkan daripadanya.
* Yang meriwayatkan bacaannya ialah anaknya sendiri Ahmad, Ahmad bin Anas dan Ishaq bin Daud, Abu Zur'ah Adur Rahman bin Amru Ad-Dimasyqi, Adullah bin Isa Al-Asbahany, Muhammad Ismail AtTirmidzy, Muhammad bin Musa As-Sury, Harun bin Musa Al-Aghfash dan ramai lagi.
*  Imam Ibnu Zakuan meninggal dunia pada hari Isnin dua hari baki daripada Hari Raya tahun 242 Hijriyyah.


5-Imam A'sim Al-Kufy RA.

* Nama sebenarnya ialah A’sim bin Abdullah bin Abi Najud.
* Gelarannya ialah Abu Bakar.
* Nama ibunya ialah Bahdalah.
* Ada pendapat mengatakan bahawa gelaran bapanya ialah Abi Najud.
* Beliau merupakan salah seorang qura’ tujuh dan juga seorang tabien sepertimana yang telah diceritakan oleh 2 orang sahabat Nabi Muhammad SAW, mereka ialah Abi Ramsah Rifa'ah At-Tamimy dan Harith bin Hasan Al-Bakry.
* Beliau telah membaca qiraat kepada Imam Abi Abdurrahman Abdullah bin Habib bin Rabi'ah Al-Salmy Az-Dhorir.
* Imam A'sim pernah menghimpunkan antara fasohah kalimah dan tajwid serta itqan.
* Imam A'sim meninggal pada tahun 127 hijrah di Kufah.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Syu'bah dan Imam Hafs.

a-Imam Syu'bah Al-Kufy RA.

*  Namanya ialah Syu’bah bin I’yyash bin Salim al-Hinadh An- Nahshily Al-Kufy.
* Kuniyyahnya ialah Abi Bakar.
* Dilahirkan pada tahun 95 hijrah.
* Mengambil ilmu qiraat dan bertalaqi daripada Imam A’sim beberapa kali dan juga daripada Imam Ato’bin Saib serta Imam Aslam al-Munqary pada waktu yang cukup lama melainkan dia menamatkan bacaannya 7 tahun sebelum kematiannya.
* Imam Syu'bah merupakan seorang Imam yang alim dalam pelbagai ilmu serta beramal dengannya dan juga beliau merupakan seorang penghafaz hadis Baginda Rasulullah SAW .
* Beliau adalah seorang Kibar Ulama’ pada masanya dan bermazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaa’h.
* Dia pernah berkata di-dalam Kalamnya:- (Barangsiapa yang berkata serta beri'ttiqad bahasa Al-Quran itu adalah makhluk, maka di sisi kami adalah kafir zindiq, tidak akan kami bersamanya serta bercakap dengannya)
* Membaca al-Quran secara (Ardho) daripada Imam Abu Yussuf Yaa’qub bin Khalifah Al- A’sya, Imam Abdurrahman bin Abi Hammad, Imam Yahya bin Muhammad al-A’limy serta banyak lagi.
* Ketika mana telah hampir waktu kematiannya, menangislah saudara perempuannya. Maka berkata Imam Syu’bah kepadanya: Apa yang kamu tangisi? Lihatlah kamu kepada zawwiyyah (tiang) itu, maka sesungguhnya aku telah mengkhatamkan Al-Quran padanya sebanyak 18,000 kali.
10- Imam Syu'bah meninggal dunia pada bulan Jamadil Awwal tahun 193 hijrah.
      
b-Imam Hafs Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Hafs bin Sulaiman bin Mughirah bin Abi Daud al-Asady al-Kufy Al-Bazzar. Dinisbahkan gelarannya al-Bazzar kerana Imam Hafs merupakan seorang penjual baju.
* Gelarannya ialah Abu Umar.
* Lahir pada tahun 90 hijrah.
* Mengambil bacaan qiraat secara (Ardho) dan bertalaqi daripada Imam A’sim. Adapun Imam Hafs merupakan anak tiri kepada Imam A’sim.
* Telah berkata Imam ad-Dani:- (Diambil dan dibaca bacaannya oleh keseluruhan manusia pada masa itu. Apabila dia pergi ke Baghdad dibaca oleh penduduk Baghdad akan bacaannya. Dan apabila pergi ke Mekah dibaca oleh penduduk Mekah akan bacaannya)
* Berkata Imam Yahya bin Mua’yyin: ( Riwayat yang paling soheh daripada riwayat bacaan Imam A’sim ialah riwayat Imam Hafs) 
* Pendapat yang sohih, Imam Hafs meniggal dunia pada tahun 180 hijrah ketika berusia 90 tahun.


6-Imam Hamzah Al-Kufy RA.

* Namanya Hamzah bin Habib bin I’marah bin Ismail al-Kufy al-Taimy.
* Gelarannya Abu Ammarah. Merupakan salah seorang Imam yang muktabar pada masanya dan juga merupakan Imam qura’ 7.
* Dikenali sebagai Az-Ziyyat. Digelar sedemikian kerana menjual minyak zaitun daripada Iraq ke Helwan. Juga menjual keju dan buah Jus.
* Dilahirkan pada tahun 80 hijrah serta sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Dikenali sebagai Tabien.
* Mengambil ilmu qiraat daripada Abi Muhammad Sulaiman bin Mahran al-A’masyh, Abi Hamzah Hamran bin A’yun, Abi Ishaq Amru bin Abdullah as-Sabi’e dan ramai Lagi.
* Telah berkata Imam Abi Hanifah: 2 perkara yang tidak akan kami balahkan dengan Imam Hamzah ialah ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan Faraid.
* Telah berkata Imam Sufyan As-Thaury: Tidak akan membaca seseorang kepada Imam Hamzah huruf-huruf al-Quran melainkan ia akan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hatinya.
* Ramai yang meriwayatkan bacaannya di antaranya ialah Ibrahim bin Al-Adham, Hussain Bin Ali al-ja’fy, Sulaim bin Musa dan Imam Sufyan As-Thaury.
* Meninggal dunia pada tahun 156 hijrah di Helwan iaitu Sempadan negara Iraq ketika mencapai umur 76 tahun.
*Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Khlaf dan Imam Khallad.


a-Imam Khalaf Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Khalaf al-Asady al-Baghdady Al-Bazzar.
* Gelarannya Abu Muhammad.Dia merupakan salah seorang yang meriwayatkan bacaan Imam Sulaim serta salah seorang daripada imam qura’ 7.
* Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah.
* Mula menghafaz al-Quran krtika berumur 10 tahun dan mula menuntut ilmu qiraat ketika berumur 13 tahun.
* Bertalaqi al-Quran secara (Ardho) kepada Imam Sulaim bin Isa. Imam Abdurrahman Bin Hammad dan ramai lagi.
* Merupakan seorang yang zuhud,thiqah,alim serta abid kepada Allah SWT.
* Dia pernah berkata didalam kalamnya: Aku pernah musykil di-dalam ilmu Nahu maka dengan sebab itu aku telah menginfaqkan sebanyak 8000 dirham kemudian aku menghafaznya dan memelihanya.
* Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya secara (Ardho) dan (Sama'an) ialah Imam Ahmad b. Ibrahim, saudaranya Ishaq b. Ibrahim dan Imam Ibrahim bin Ali al- qisor dan ramai lagi.
* Meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah pada bulan Jamadil Akhir di Baghdad.


b-Imam Khallad Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Khalad bin Khalid al-Syaibany.
* Gelarannya Abu I’sa.
* Lahir pada tahun 119 hijrah. Dan menurut pendapat lain pada tahun 130 Hijrah.
* Mengambil ilmu qiraat secara (Ardho) daripada Imam Sulaim.
* Meriwayatkan bacaan al-quran daripada Imam Hussain bin Ali al-Ju’fy, daripada Imam Abi Bakar, daripada Imam A’sim, daripada Imam Abi Jaa’far.
* Merupakan seorang yang Thiqah dan tahu selok-belok ilmu Qiraat.
* Mereka yang meriwayatkan bacaannya secara (Ardho) ialah Imam Ahmad bin Yazid al-Helwany, Imam Ibrahim bin Ali al-Qisor, Imam Ali bin Hussain Ath-Thobary, Imam Ibrahim bin Nasr ar-Razzy dan ramai lagi.
* Meninggal dunia pada tahun 220 hijrah. 


7-Imam Kisaie RA.

* Namanya Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Usman bin Bahman bin Fairuz Al-Asadi.
* Beliau berasal daripada Kufah kemudian bermastautin di Baghdad.
* Gelarannya Abulhassan. Digelarnya Al-Kisaie.
* Mengambil bacaan secara langsung daripada imam Hamzah sebanyak 4kali, Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar Al-Hamdzani, Imam Syu’bah, Ismail bin Jaafar dan Zaidah bin Qodamah.
* Beliau merupakan imam qiraat pada zamanya dan mengajar mereka.
* Imam yang masyhur selepas imam Hamzah, juga alim tentang ilmu nahu dan lughah.
* Berkata sebahagian ulama’: adapun imam Kisaie apabila membaca al-quran atau bercakap seolah malaikat yang berkata di mulutnya.
* Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Ahmad bin Jubair, Ahmad bin Mansur Al-Baghdadi, Hafs bin A’mru Ad-Duri, Abulharith Al-Laith, Abdullah bin Ahmad Zakwan, Abu Ubaid Al-Qosim bin Sallam, Qutaibah bin Mahran, Al-Mughirah bin Syuaib, Yahya bin Adam, Khallaf bin Hisham Al-Bazzar dan Yahya bin Yazid Al-Farra’.
* Meninggal dunia pada 189 hijrah ketika berusia 70 tahun.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Abul Harith dan Imam Ad-Duri.

a-Imam Al-Laith RA.

* Namanya Al-Laith bin Khalid Al-Marwazy Al-Baghdadi.
* Gelarannya Abul Harith.
* Mengambil bacaan secara langsung daripada Imam Kisaie dan beliau merupakan sahabat besar Imam Kisaie.
* Seorang yang thiqah, mantap lagi sempurna dalam qiraat.
* Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Salamah bin A’sim,Muhammad Ibnu Yahya,Fadhli bin Syazan dll.
* Meninggal dunia pada 240hijrah,

** Perawi kedua bagi imam Kisaie ialah Imam Ad-Duri yang juga merupakan perawi bagi Imam Abu A’mru Al-Basri yang telah disebutkan sebelum ini.

8-Imam Abu Ja'afar Al-Madani RA.

* Nama beliau ialah Yazid bin Qa’qa’ Al-Makhzumi Al-Madani.
* Gelarannya ialah Abu Jaafar.
* Beliau merupakan salah seorang qura’ ‘asyarah dan juga seorang tabi’in.
* Beliau bertalaqqi al-Quran daripada syeikhnya yang bernama Abdullah bin ‘iyash bin Abi Rabiah dan juga daripada Abdullah bin Abbas dan juga Abi Hurairah R.Anhum. Tiga orang syeikh itu bertalaqqi dengan Ubay bin Kaab dan bertalaqqi Abu Hurairah dan Abdullah bin Abbas juga daripada Zaid bin Thabit. Dan bertalaqqi Zaid bin Thabit dan Ubay bin Kaab daripada Rasulullah S.A.W.
* Berkata sesetengah ulama’ bahawa Abu Jaafar bertalaqqi daripada Zaid bin Thabit secara berhadapan antara seorang murid dan seorang guru.
* Suatu hari Abu Jaafar pergi kepada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, Ummu Salamah meletakkan tangannya ke atas kepala Abu Jaafar dan mendoakan kepadanya kebaikan.
* Abu Jaafar juga pernah bersolat bersama Abdullah bin Umar al-Khattab r.a.
* Abu Jaafar merupakan Imam Ahli Madinah dan juga merupakan syeikh qiraat yang masyhur di Madinah.   
* Beliau merupakan Imam yang adil, thiqah, amanah dan beliau mempunyai sanad yang tinggi.
* Telah berkata Imam al-Ashma’i yang dinaqalkan daripada Ibnu Ziad bahawasanya tiada seorang pun daripada penduduk ahli Madinah mengambil wajah qiraat melainkan daripada Abu Jaafar kerana beliau merupakan Imam yang terdahulu daripada Abdurrahman bin Hurmuz al-A’raj.
* Beliau juga sempat mendengar dan mengambil hadis daripada Umar Ibnu Khattab dan Marwan bin Hakam.
* Telah berkata Abu Abdurrahman an-Nasaie bahawasanya Abu Jaafar merupakan seorang imam yang thiqah.
* Imam Malik Bin Anas berkata bahawasanya Abu Jaafar merupakan seorang qari lagi soleh. Beliau merupakan seorang qadi di Madinah.
* Imam Ibnu Abi Hatim telah berkata, “Aku telah bertanya kepada ayahku tentang Imam Abi Jaafar”. Maka jawab ayahnya, “beliau merupakan orang yang benar percakapannya (sodiqul hadis)”
* Telah meriwayatkan Ibnu Jammaz bahawasanya Imam Abi Jaafar berpuasa sehari dan berbuka sehari sepertimana puasa Nabi Daud a.s.
* Sulaiman al-Umri telah melihat Imam Abi Jaafar di dalam mimpinya sedang bertawaf mengelilingi kaabah. Maka Imam Abi Jaafar berkata kepada Sulaiman agar mengambil bacaannya dan hebahkan kepada semua manusia bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya darjat syuhada’ yang kekal hidup dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t.
* Sebahagian ulama telah melihat di dalam mimpi mereka suatu gambaran yang baik tentang peribadi Imam Abi Jaafar. Kemudian Imam Abi Jaafar berkata,”sebarkan berita gembira kepada sahabat-sahabatku dan kepada setiap orang yang membaca dengan bacaanku sesungguhnya Allah s.w.t telah memberikan keampunan kepada mereka dan Allah taala telah menerima doa yang kupanjatkan untuk mereka serta serulah mereka supaya menunaikan solat-solat malam mereka dengan membaca bacaanku mengikut kemampuan mereka”.
* Di antara mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Imam Nafi’ bin Abi Nu’aim, Imam Isa bin Wardan, Sulaiman bin Muhammad bin Muslim (Ibnu Jammaz), Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan Imam Abu Amru bin ala’ serta ulama’-ulama’ selain daripada mereka.
* Imam Abi Jaafar telah meninggal dunia pada tahun 130 hijrah.
*Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Ibnu Wardan dan Imam Ibnu Jammaz. 


a-Imam Ibnu Wardan RA.

* Nama sebenar Imam Ibnu Wardan ialah Isa bin Wardan Al-Madani dan dikenali sebagai Abu Harith dan digelar ‘Al-Haza’’. Imam Ibnu Wardan merupakan salah seorang dari kalangan sahabat Imam Nafi’. Dan Imam Nafi’ merupakan teman sepengajian ketika mempelajari bacaan dengan Imam Abi Jaafar.
* Imam Ibnu Wardan telah mengulang bacaan al-qurannya dengan Imam Abi Jaafar dan Imam Syaibah dan juga dengan Imam Nafi’.
* Berkata Imam Abu Amru Ad-Dani bahawa Ibnu Wardan merupakan sebaik-baik sahabat kepada Imam Nafi’ dan merupakan orang yang paling lama bersahabat dengannya.
* Imam Ibnu Wardan juga berkongsi sanad dengan Imam Nafi’.
* Beliau merupakan imam dalam bacaan al-quran dan merupakan qari yang baik lagi bijaksana serta merupakan seorang rawi yang teliti lagi berdisplin. 
* Mereka yang telah menerima dan mengulang al-quran daripadanya ialah Ismail bin Jaafar, Imam Qalun dan Muhammad bin Omar.
* Imam Ibnu Jazari berkata Imam Ibnu Wardan telah meninggal dunia sekitar tahun 160 hijrah                        


b-Imam Ibnu Jammaz RA.

* Ibnu Jammaz ialah Sulaiman bin Ahmad bin Muslim bin Jammaz. Beliau diberi gelaran (laqab) az-Zuhri dan juga Al-Madani. Beliau juga dikenali (kuniyyah) sebagai Abu Rabiq.
* Imam Ibnu Jammaz mengambil dan mengulang bacaan daripada Imam Abi Jaffar dan Imam Syaibah dan kemudiannya dengan Imam Nafi’.
* Beliau mengamalkan bacaan dengan bacaan Imam Abi Jaafar dan Imam Nafi’.
* Mereka yang mengambil dan mengulang bacaan daripadanya ialah Ismail bin Jaafar dan Utaibah bin Mahran.
* Imam Ibnu Jammaz merupakan seorang qari yang agung, teliti dan berdisplin lagi cerdik dalam bacaan Imam Abu Jaafar dan Imam Nafi’.
* Telah berkata Imam Ibnu Jazary di dalam kitab Al-Ghayah, bahawa Imam Ibnu Jammaz telah meninggal dunia pada tahun 170 hijrah. 

9-Imam Ya'kub RA.


* Namanya Ya’kub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq Al-Hadhromi Al-Basri.
* Gelarannya Abu Muhammad.
* Mengambil bacaan secara langsung daripada Abi Al-Munzir Salam bin At-Towil Al-Mazini, Shihab Syarifah, Abi Yahya, Mahdi bin Maimun, Abi Al-Asyhab Jaa’far bin Hayyan Al-A’thori.
* Ada yang mengatakan beliau telah membaca kepada imam Abu A’mru,dan mendengar huruf daripada imam Hamzah dan imam Kisaie.
* Seorang yang alim tentang qiraat di zamannya, mahir dengan kalam-kalam arab, fiqh, riwayah, wara’ lagi zuhud penuh ketaqwaan.
* Thohir Ibnu Gholbun pernah mengatakan bahawa imam masjid basrah tidak membaca al-quran melainkan dengan qiraat imam Ya’kub.
* Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah Zaid bin Ahmad, Umar As-Siraj, Abu Basyar Al-Qothon, Muslim bin Sufian, Muhamad bin Mutawkkil, Rauh bin Abdil Mu’min dll.
* Meninggal dunia pada 205hijrah, 88 tahun umurnya.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Ruais dan Imam Rauh.


a-Imam Ruais RA.


* Namanya Muhammad bin Al-Mutawakkil Al-Lu’luie Al-Basri.
* Gelarannya Abu Abdullah,laqobnya ruais.
* Perawi bagi imam Ya’kub, antara sahabatnya yang paling cerdik dan mahir dalam qiraat.
8 Antara yang merawikan bacaan daripadanya ialah Muhammad bin Harun dan Abu Abdullah Az-Zubair bin Ahmad Az-Zabiri As-Syafie.
* Meninggal dunia di basrah pada tahun 238hijrah.


b-Imam Rauh RA.


* Namanya Rauh bin Abdul Mu’min Al-Hadthali Al-Basri An-Nahwi.
* Gelarannya Abu Hassan.
* Mengambil bacaan langsung daripada imam Ya’kub.juga merawikan huruf daripada Ahmad ibni Musa dan Abdullah bin Muaz yang telah mengambil daripada imam Abu Amru.
* Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah At-Thib Ibni Hamdan Al-Ghadi, Abu Bakar Muhammad bin Wahab As-Saqofi, Muhammad bin Hassan, Ahmad bin Yazid, Hasan bin Muslim dll.
* Meninggal dunia pada235\234 hijrah.


10-Imam Khalaf Al-Asyir Al-Kufi RA.


* Namanya ialah Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Khalaf al-Asady al-Baghdady Al-Bazzar.
* Gelarannya Abu Muhammad.Dia merupakan salah seorang yang meriwayatkan bacaan Imam Sulaim serta salah seorang daripada imam qura’ 7.
* Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah.
* Mula menghafaz al-Quran krtika berumur 10 tahun dan mula menuntut ilmu qiraat ketika berumur 13 tahun.
* Bertalaqi al-Quran secara (Ardho) kepada Imam sulaimbin Isa.Imam Abdurrahman bin Hammad dan ramai lagi.
* Merupakan seorang yang Zuhud,Thiqah,Alim serta Abid kepada Allah SWT.
* Dia pernah berkata didalam kalamnya: Aku pernah musykil di-dalam ilmu NAHU maka dengan sebab itu aku telah menginfaqkan sebanyak 8000 dirham kemudian aku menghafaznya dan memeliharanya.
* Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya secara (Ardho) dan (Sama'an) alah Imam Ahmad B Ibrahim, saudaranya Ishaq B Ibrahim dan Imam Ibrahim bin Ali al- Qisor dan ramai lagi..
* Meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah pada bulan Jamadil Akhir di Baghdad.
* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Ishaq dan Imam Idris.

a-Imam Ishaq RA.

* Namanya ialah Ishaq bin Ibrahim bin Usman bin Abdullah al-Marwazy al-Baghdady.
* Gelarannya ialah Abu Yaaqub yang mana merupakan rawi kepada Imam Khalaf A’syir juga membaca kepadanya dengan sanad mutawattir.
* Beliau merupakan seorang yang teliti dalam mempelajari ilmu qiraat dan Beliau tidak mengetahui tentangnya melainkan selepas mempelajarinya dengan Imam Khalaf.
* Telah meriwayatkan bacaannya ialah anaknya sendiri iaitu Muhammad bin Ishaq, Muhammad bin Abdullah bin Abi Ummar An-Naqash, Hasan bin Usman Al-Barsoty, ali bin Musa dan Ibnu Syanbuz.
* Meninggal pada tahun 826 Hijriyyah.

b-Imam Idris RA.

* Namanya ialah Idris bin Abdul Karim al-Hidad al-Baghdady.
* Gelarannya ialah Abul Hasan.
* Telah membaca qiraat kepada Imam Khalaf serta meriwayatkan bacaannya.
* Beliau juga pernah membaca kepada Imam Muhammad bin Habib Asy-Syamuni.
* Merupakan seorang Imam yang Mutqin, thiqah, teliti dalam mempelajari ilmu qiraat. Telah ditanya kepada Imam ad-Daraqtony tentangnya maka katanya: beliau merupakan seorang Imam yang Thiqah dan kethiqahhannya tiada bandingan pada masanya.
* Telah meriwayatkan bacaannya secara (sima'an) ialah Ahmad bin Mujahid. Manakala secara (A’RDHAN) ialah Muhammad bin Ahmad bin Syanbuz, Musa bin Ubaidillah Al-Qahany, Muhammad bin Ishaq Al-Bukhary, Ahmad bin Buyan, Abu Bakar Naqasy, Hasan bin Said Al-Mutawwa'i dan Muhammad bin Ubaidillah Ar-Razy.
* Telah meninggal dunia pada hari Aidil Adha pada tahun 292 Hijriyyah ketika berumur 93 tahun.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantun Seloka Aurat

Kuliah Al-Quran wa Ulumihi bi Tanta